Sebelum aku p Langkawi aritue aku ada buat research jugak pasal trip ke Langkawi ni. Baca blog org, kira average bajet banyak mana, tempat mana dan aktiviti apa yang menarik. So bila aku dah pergi dan balik semula aku rasa terpanggil plak nak wat post tentang Langkawi ni. Kot kot ada selepas ni yang nak buat rujukan macam mula2 aku pergi trip haritu.Mudah mudahan dapat memberi manfaat ye dak? hehe
Aku p Langkawi 14 Dis - 16 Dis 2014 dengan adik2 aku 4 orang. Total 5 orang la 4 heroin satu hero.
Okay la meh kita bincang apa yg kena settle :
PENGANGKUTAN
1. Feri
Disebabkan aku ni stay dekat Perlis saja, hehe.. so aku naik feri dekat Kuala Perlis la.
* Sumber Gambar : Google
Beli tiket dekat kaunter sini.Tipu sangat beratur sikit orang mcm ni haha..aku p aritu jenuh beratuq panjang. Dah time cuti sekolah kan.
Oh ya tiket ni aku beli sehari awal maksudnya hari Ahad bertolak Sabtu pagi tu aku p beli tiket dah. Tapi kalau beli tiket utk keesokan harinya depa start jual pukul 10 pagi. Sebab staf dea cakap pukul 10 pagi baru depa dapat jadual feri untuk keesokan harinya.
Ferry Line Venture pon ada buat online booking tiket untuk sapa2 yg xmau beratuq panjang beli tiket. Sila layari website
Langkawi Ferry Line Venture yaa. lagi senang xpayah nak susah2. Tapi aku xtest lagi la keberkesanan online booking ni.
2. Kereta Sewa
Bab kereta sewa ni pon isu gak..kalau hampa p bukan time cuti sekolah memang xdak masalah. Sampai kat jeti Langkawi pon boleh booking lagi. Tapi dah disebabkan kami p time cuti sekolah. Kebimbangan terhadap kereta sewa tu ada jugak la.
Aku ada contact fews kereta sewa recommended dalam blog2. Tapi reply mcm xmemberansangkan pulak, huhu. Reply whatsapp mcm mau tak mau ja.
Kebetulan adik lelaki aku ada kak angkat dekat Langkawi. Kak angkat dea la yang ejaskan kereta sewa kami. Dapatla kereta Nissan Sentra utk harga RM120 satu hari. Ok la tu harga standard untuk masa cuti sekolah ni.
PENGINAPAN
Syarat tempat penginapan yg aku nak ialah bilik tu mesti ada 2 katil ada sorg laki kan. Tak kan la adik laki aku nak tidoq campuq skali. Aish tak boleeeh..Dan satu lagi mestila area Pantai Cenang sebab senang kami nak main pantai nanti. Memang fokus nak enjoy pantai ja.
Aku ada survey dalam
booking.com chalet2 yg berkenan di hati. Tapi bila survey dah agak lambat so tinggal la chalet yg xbrapa nk best dlm booking.com tu.Di ambang kepasrahan, aku search lagi dekat website travel la, blog2 la. Aku listkan chalet2 yang menarik minat aku. Aku survey chalet bajet ja sebab bajet pon ciput ja. Angan2 nk stay kat
AB Motel sebab nk menarik ja motel ni tp dh full la pulak. Tak dak rezeki..
Last2 dapat dekat
Cenang Rest House. Untuk maklumat lanjut boleh layari website nya :
Cenang Rest House, Langkawi Malaysia dan Facebook page :
Cenang Rest House.Langkawi . Kat situ boleh amik contact details semua. Owner nya Kak Mas. So far..Untuk orang bujang macam kami ni xdak la komplen sangat utk chalet ni. Lagipon bilik murah RM90 saja semalam. Tapi cuma ada basic fasilities saja la.. Katil, kipas, air cond, penyangkut baju dengan bilik air. Kalau family rasa xsesuai kot bilik kami tu.
Bilik memang dapat depan pantai nya..pergh best gila. Pagi pagi bangun tidoq boleh dengaq deruan ombak memangil manggil hahaha..Best sebab memang depan pantai la.
*pemandangan depan bilik kami..mmg best la.keja mandi pantai ja haha
*ni masa chekout. kami xstay kat blok ni. ni blok chalet baru. kami stay kat blok seblah kiri nya.
AKTIVITI
Aktiviti memang agak pack sebab target aku nk fully utilized masa yang ada kat Langkawi ni. Lagipon kami semua budak2 muda yang tersangat excited nya. Jadi memang full ngan aktiviti untuk siang. Tambah2 lagi kat pantai, hehe. Waktu malam banyak rileks ja lepak2 kat area pantai cenang ni. Malam jalan kaki ja keluar chalet ronda2.
Meh aku ringkaskan aktiviti kat sana :
Hari Pertama
Tiket feri kami pukul 10.45 pagi.. Dalam pukul 11 macam tu feri gerak la..perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai di Jet Kuah, Langkawi. Dah sampai kat Kuah, amik kereta sewa dan terus ke pantai cenang. Masa tu tak boleh check in bilik lagi sebab check in pukul 2 petang. So kami p makan tengah hari dulu. Dah pukul 2 lebih baru la check in chalet. Masuk bilik rehat sat teruih keluar jalan2, hehe.
Destinasi pertama ialah Oriental Village, Langkawi.
Cadangnya nak naik Cable Car la sebab tu sebenaqnya agenda paling penting nak mai sini. Tapi alih alih ramainya umat manusia baratuq nak amik tiket huhuhuhu..Lagipon nak petang dah. Tak jadi la..Esok kami mai lain na. So kita tukar aktiviti : Duck Tour
*mula mula jalan atas darat
*aik atas ayaq plak hehe..
*depa bawak jalan tempat kapal2
*hai geng hehe
Pastu kami ronda2 dulu Oriental Village ni. Tangkaq gambaq wajib haha. Okay hari pun sudah petang. Badan sudah penat. Balik ja la kat chalet. Malam ni kena tidoq awal sebab esok memang dah pack aktiviti.
Dikala malam hari. Kami pon keluaq la cari makan kat Pantai Cenang ni. Kedai makan memang banyak. Tapi bagi kami yang hidup di negeri yang serba sederhana, kami rasa makanan di sini agak mahal la. Tempat pelancong kot. Mungkinlaaa..
Hari Kedua
Pukul 9 pagi dah terpacak depan chalet utk p Island Hopping. Island hopping memang member aku rekomen suruh p. Kami amik pakej island hopping kat chalet sniri. Caj Island Hopping seorg RM30. Ok la kan..Actually ada banyak lagi aktiviti boleh buat contoh Mangrove Tour, Snorkeling dan macam2 lagi. Ikut hampa la minat mana satu.
*bot utk island hopping
Island Hopping terdiri daripada 3 checkpoint :
Main aktiviti utk island hopping ialah mandi manda. So kalau join aktiviti ni jgn la dressing style mak jemah sangat. Pakai seluaq la senang nak panjat bot, nak naik turun tangga. Kalau nak mandi pakai baju mandi siap2 senang. Setiap stop diberi masa sejam untuk kita luangkan masa.
First Stop : Tasik Dayang Bunting
*dayang yang bunting
*Dayang Bunting Marble Geoforest Park
*jenuh panjat tangga nak sampai tasik pon
*tunggu pa lagi mandi2
Secod Stop : Eagle Feeding Spot
*ni bukan feed the eagle tapi tengok how the eagles feed, hehe
Last Stop : Pantai Beras Basah
Ini stop fevret aku..best nya tengok pantainya yang menghijau. Subhanallah ciptaan Allah sungguh cantik. Memang kami santai puas2 la kat sini.
*indahnya ciptaan Tuhan.. Subhanallah
Dah cukup masa, pulanglah ke jeti bot tadi balik. Terus kami gerak ke destinasi seterusnya, Oriental Village untuk melunaskan hutang kelmarin iaitu Cable Car Skypark wewiiit. Kali ni xla ramai sangat berbanding kelmarin. So beli tiket pastu tunggu turn lah. Check this out.
Cable Car, Oriental Village
Tinggi gila weh..Honestly first time naik ni agak scary la jugak. Tapi bila lama2 okay la..Cuma part goyang2 bila sampai station tu maintain scary, huhu. Tapi berbaloi lah untuk pemandangan yang cantik ni. Kami skip middle station, gerak ke top station teruih senang.
*dalam cable car
*view dari top station. sayup ja pemandangan kan. angin kuat masa ni. best!
Dah puas lepak cable car ni kami rushing balik sebab nak mandi pantai!
Yang ni memang enjoy puas2 la..
Adik lelaki main Jet Ski
Adik perempuan main Parasailing
Pastu kami main Banana Boat
*gambar parasailing adik. kamera pasang kat jaket, hehe
Tapi xdak gambaq la main ayaq xbawak henpon, hehe. Tapi main best gilaaah.