Pages

Thursday, 13 August 2015

Sabar Itu Ada Manisnya

Sekadar luahan perasaan..

Untuk aku kenangkan balik betapa berharganya nilai kesabaran itu.


Aku rasa dalam 3 4 tahun ni aku banyak kena bersabar untuk mendapatkan sesuatu hajat, sesuatu yang aku impikan.


Banyaknya dalam soal jodoh aku laaa.


Beberapa bulan selepas mula bekerja pada hujung 2013 keluarga aku dah mula bising tentang jodoh aku. Bila nak kahwin bila nak kahwin. Duuuuh...stress okay. Tambah2 tok aku..setiap kali kol aku dia akan tanya. Akak bila lagi? 


Sampaila tahun 2014, keadaan masih sama. Bukannya tak nak kahwin. Tapi Encik saya belum stabil lagi masa tu. Dia belum bersedia. Padahal kawan dah lama sangat kan. Tiap-tiap kali solat aku akan berdoa..Ya Allah, kau permudahkanlah soal jodoh aku..Permudahkanlah soal jodoh aku. Buat solat Istikharah..Bukannya aku tak cuba untuk berkawan dengan orang lain. Ada jugak..Tapi tak boleh la..Tak reti nak berkenalan dengan orang baru. Mungkin memang dah jodoh kot.


Bila nak hujung tahun, keadaan makin mendesak. Atok dah cakap kat aku if Firdaus tak masuk minang akak, akak berhenti kerja. Sambung master. Pergi bawak diri jauh-jauh. Lagila stress aku, huhu. Sampai housemate pon perasan aku asyik diam dalam bilik ja. Termenung mngenangkan nasib diri. Aku dah suka stay dekat Alor Setar. Dekat dengan parent, dekat dengan buah hati, housemate best, keja pon okay laa..Dan aku masih tak berhenti doa untuk jodoh aku tiap kali ku bersujud.


Ditakdirkan Allah, masuk tahun 2015 doa aku terjawab. Alhamdulillah, berjalan dengan agak lancar jugak. Hubungan kami menjadi. Kami akan berkahwin tahun ni. Syukur sangat2..


Dah ada plan untuk berkahwin, ujian seterusnya pulak. Dan aku berdoa pulak untuk perkahwinan aku pulak. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan pernikahanku. Semoga semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, dalam masa 6 bulan aku dapat menjadi seorang isteri.


Namun Allah itu Maha Berkuasa. Bulan 5, sebulan sebelum aku dinikahkan, aku dapat surat tawaran SPA. Sebagai PPTM..Aku anggap itu sebagai rezeki. Syukur Ya Allah..Namun aku ditempatkan jauh..ke Shah Alam.


Kini, baru 2 bulan lebih saja pon bergelar isteri tetapi dalam mode PJJ. Walaupon 2 bulan aku sudah rasa peritnya. Hati ini nak sangat menguruskan keperluan suami sendiri. Uruskan makan pakai nya. Sakit demam nya. Sedih hati bila suami share gambar makan nasi bungkus, meggi dekat rumah. Hujung minggu saja la sekarang ni. Berulang dari Shah Alam ke Alor Setar. Bukan dekat tau tu..Rasa xpuas sangat dapat berjumpa seminggu sekali ja. Doaku ku sekarang semoga Allah permudahkanlah urusan rumah tangga ku..tak tahu la berapa lama pulak aku akan menunggu untuk dapat bersama. Tapi aku yakin, setiap kesabaran itu pasti ada manisnya Insyaallah.. Tak berhenti-henti aku akan berdoa.


Dah lama menunggu sementara nak boleh kahwin. Bila dah berkahwin dok asing pulak kan. Dugaaan..

Read On >>>
 
Header Background Designed by Freepik