Pages

Monday, 16 November 2015

Alhamdulillah, UPT Positif Hamil

Kehidupan selepas kahwin

Seperti yang diketahui, aku antara pasangan PJJ yang berulang alik dari Shah Alam dan Alor Star. Jauh tu..6 jam jugak perjalanan. Alhamdulillah, takat sekarang aku masih mampu lagi bertahan huhu..So kehidupan suami isteri kami kebanyakan time weekend dengan cuti panjang ja la..Walaupun dah 5 bulan lebih berkahwin, masa bersama kami tu sikit ja..

Usaha untuk Baby

Semua orang yang berkahwin mesti nak anak kan. Kami pon dah berkenalan dari umoq 20 tahun lagi..umur skang pon xbrapa muda dah..hehe. So bila dh berkahwin tu kami dah xrasa nak enjoy sangat..memang teringin nak anak secepat mungkin. Malangnya aku ni ada masalah sikit, period yang selalu ting tong. Sekejap datang sekejap, sekejap datang lama..sekejap xdatang langsung. Agak frust jugakla nk usaha untuk pregnant ni..mula2 cycle mesti fail dulu kan. Aku rasa aku ada masalah kesuburan time ni.

Antara usaha yang aku buat untuk pregnant adalah 1) Ber OPK - aku sempat buat 2 cycle. first cycle aku dapat positif opk pada cd 30, haha..pelik kan..ya la dah cycle aku pon 40 hari lebih..cycle pertama opk aku xberjaya sebab mai period. Second cycle aku aku xjumpa husband aku on cd30..jumpa masa cd 28 camtu la..cycle ni baru lekat. Wallaua'lam la second cycle ni bila aku subur sebab ada jugak hari aku skip2..

2) makan asid folic - aku beli asid folic dekat guardin murah ja 10 hinggit lebih untuk stok 3 bulan. masa aku lekat tingal 1 papan lagi asid folic tu. aku dapat tau elok makan asid folic untuk yang merancang nak hamil.

3) GLA Complex Shaklee - ini pon antara usaha aku untuk regularkan balik period aku dan seterusnya ikhtiar untuk pregnant. Aku makan sebotol, walaupun lepas tu cycle day masih lama..tapi ok la jadi tetap sikit jugak. Lepas makan GLA jadi cd45, second cycle 46 dan cycle lepas tu delay period seminggu test upt pregnant, hehe.. Ngam2 jugakla sebotoi aku makan.

Alhamdulillah..

Lepas seminggu delay period..badan pon rasa mcm xsedap nih, watla upt test. 9/11/2015, aku wat upt dari isnin sampai jumaat, hehe..punyala nak menconfidentkan diri sendiri kan. Yala sebab buat ari isnin tu aku dpt double line yang samar2..ari jumaat barula double line terang dan jelas. Hujung minggu p klinik dr scan xnampak apa lagi sebab masih baru..baru 4 minggu..dr suruh repeat scan 2 minggu lagi.

Sesungguhnya aku amat2 bersyukur atas kurnian yang Allah berikan ni. Tak dak rezeki lain yang boleh lawan dengan anugerah ni..aku cuma berharap kandungan ini sihat dan selamat hingga bersalin, huhu..1st trimester ni mmg kena jaga elok2 


Pulun repeat upt dari isnin sampai jumaat..jumaat tu baru la terang

Read On >>>
 
Header Background Designed by Freepik