Ustaz ustaz atau org tua tua selalu cakap orang yang nak kahwin ni rezeki murah. Insyaallah kalau niat kita tu ikhlas nak berumahtangga kerana Allah Insyaallah dipermudahkan jalan.
So term rezeki orang nak kahwin ni aku ada merasa sendiri.
Perjalanan untuk mendirikan rumah tangga ni bermula pada 2 Januari haritu apabila belah lelaki masuk merisik. Sejak tu bermulalah episod pelan, bincang pasal kahwin, kenduri dalam family aku ni. Almaklumlah anak sulung ni yang nak kahwin. Gamat dunia sikit la..Kat sini aku ceritakan kes kes murah rezeki yang aku dapat setakat sekarang ni. Kot kot ke depan ada lagi, hehe
1) Bonus yang masyuk
Disababkan company aku bekerja ni company cina so bonus bagi time Raya Cina. Aku dah bajet dapat bonus macam tahun lepas pon aku dah puas ati dah. Sekali bila bonus masuk..tu dia!! Lagi banyak beza daripada tahun lepas. Beza bertambah la, hehe..Sampai bos aku dengan staf dept aku yang lain heran. Awat aku sorang ni dapat boleh tahan banyak lagi. Padahal depa okay2 ja..hehe. Aku senyum saja la..Aku cakap nak wat macam mana rezeki orang nak kaweeeen..Senyum2 kambing. Alhamdulillah syukur..Aku guna sikit saja duit tu. Balance semua masuk tabung kahwin.
2) Tarikh kahwin diawalkan
Asal nya tarikh kahwin aku hujung tahun nu, Disember 2015. Nak dijadikan cerita adik Firdaus ada kahwin lepas raya cina haritu. Masa tu aku ada join skali, tengah tengah sembang mak dia cakap. Mak dia nak aku ngan Firdaus percepatkan kahwin. Kalau boleh sebelum posa senang..tu dia terkejut lagi! Kak dia pon setuju jugak..sebab dah lama sangat dah kami ni kawan. dah sakit mata mak dia tengok, hehe. Terkejut sat aku..Balik umah sembang dengan family aku depa cakap sebelum posa xleh buat cepat sangat tu. Memang kalut sangat la..Lepas raya boleh la. Alih2 setuju nikah, kenduri lepas raya..Bincang2 lagi kita buat raya ketiga. Insyaallah laa..Sapa nak sangka aku boleh kahwin awal..Beza banyak kot Disember dgn Julai tu.Terkejut sungguh..Firdaus lagi la, boleh dia ingat raya bulan September. Bila aku cakap Julai jadi bengong sat, hehe
3) Tawaran Kerja di SPA
Ini rezeki yang paling besar sekali la, kelmarin baru aku dapat surat tawaran untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Selepas nak dekat setahun jadi calon simpanan. Bakal lapor diri di Putrajaya pada 10 Mei 2015 nanti dan berkursus di INTIM Kemamam pada 10 Mei sampai 15 Mei 2015. Hari last kursus nanti baru tau penempatan kat mana. Time ni la aku berharap dapat area2 Kedah ni saja. Wallaua'lam mudah mudahan la..Buah hati aku banyak kat Aloq Staq tu. Beratnya hati nak tinggalkan ALoq Staq ni. Bos baik, geng kat opis pon best, housemate rumah sewa best, cik abang pon kat sini. Tapi kena p la kan..Ni peluang once a lifetime. Alhamdulillah syukur sangat2.
So setakat ini yang ni la yang aku anggap rezeki yang banyak sangat tolong dalam hidup aku tahun ni. Opismate aku cakap tahun ni tahun bertuah aku, hehe. Alhamdulillah sesungguhnya aku bersyukur sangat atas nikmat, rahmat rezeki ni. Terima kasih kat tok aku yang sentiasa mendoakan aku..Tak putus2 ambil berat tentang aku. I love you atok
Mudah mudahan Allah susun jalan kebaikan untuk aku. Amiiin..
Update 8/4/2015 :
4) Gabung Tunang dan Nikah
Dimudahkan lagi urusan perkahwinanku..Alhamdulillah aku bersyukur sebab berada dalam keluarga yang memahami dan sangat memudahkan dalam soal kahwin ni. Ayah aku batalkan majlis bertunang. Katanya susah2 nanti orang nak mai banyak kali rumah kita.Tunang nak mai, Nikah nak mai, Kenduri nak mai. So kita gabung sekali ja majlis tunang dengan nikah nanti, hehe..Jimat duit untuk jamuan tunang, hantaran, pakaian semua. Bagus bagus
Friday, 27 March 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


Slm awk..sme la..kite dpt di intim gak 10mei ni...wasap la boleh cari2 kwn...duk berdebar sgt2 ni pk dpt kat mane...hurmm...
ReplyDelete+60109018824 siti
wsalam awk..eh yaka? alhamdulillah ada kawan. awk dr mana nanti? nk setle smua persiapan?
DeleteSalam..hai..kita satu batch..sy dri perak...posting byk di kl n putrajaya..
ReplyDeletebsiap sedia la..