Pages

Thursday, 28 January 2016

Pengalaman Trimester Pertama





Alhamdulillah, aku dah melepasi trimester pertama. Sekarang dah masuk trimester kedua, 15 minggu. Minggu depan 4 bulan dah..yeaaayy

Banyak sangat cabaran aku untuk trimester pertama ni. Boleh dikatakan alahan aku ni agak teruk la. Ingat nak ikut macam mak aku... Mak aku dari anak no 1 sampai no 5 tak penah la muntah2. Setakat pening dengan takdak selera makan ja. Rupa-rupanya berbeza sangat dengan aku ini. Muntah ja keja..sampai lembik. Makan nasi xboleh, minyak2 xboleh. Kuat dengan sup, roti, buah2, jus..itu ja la..Sedih kan. Dahla PJJ..Asyik sedih ja mengenangkan nasib sendiri. Bila balik kampung boleh la husband tatang aku. Nak apa semua dia beli..Baiknya abang..Terima kasih ya layan kita ni.

Masa trimester pertama ni la aku paling banyak MC. Kena tambah air sampai 3 kali. Yang paling teruk masa week 13. Muntah tiap2 hari sampai seminggu skali dengan demam, batuk2 dengan selsema. Time tu la aku rasa badan aku sangat lemah, sangat lembik. Sampai orang tegur aku muka pucat, badan kurus..a'ah..berat badan turun dah ni. Disebabkan tu, aku MC lama..sambung dengan cuti skali sampai seminggu. Balik umah husband kejap lepas tu seminggu balik kampung. Mintak ditatang oleh family plak, hehe. Sempat la makan air tangan mak..rehat2 kat umah, naikkan semangat hidup balik. Baby pon dah start menari2 dalam perut ni.

Alhamdulillah juga, minggu ni aku dah balik Shah Alam masuk keja. Semangat la skit minggu ni. Tp still bila aku balik Shah Alam ja start muntah2. Opismate cakap maybe emosi aku. Ya la..separuh hati ja bila dok sini. Balik kampung ja happy kan..

Mudah2an Allah permudahkanlah urusan aku kat sini. Tiap2 kali aku berdoa agar dapat pindah. Tempat seorang isteri disisi suaminya kan. Dengan anak yang bakal lahir ni pulak.. Alahan mengandung ni buat emosi aku sangat xstabil. Time ni la aku memerlukan seseorang disisi. Harap2 sebelum bersalin dapatlah pindah. Tak boleh bayangkan macam mana aku nak jaga nak sorang2 kat sini. Kat sini pon aku bukannya ada sesiapa.


Untuk baby, sama2lah kita kuat semangat ya sayang..Mudah2an kita dapat berita gembira nanti. Tak sabar nak sihat balik. Macam2 aku nak makan..susu, kurma, vitamin..Sekarang makan semua tu tak lalu..Tak pon muntak balik, huhu. Selamat menjalani trimester kedua plak erk..Aku nak berulang balik pon dah makin xlarat ni. Harapkan husband la kot datang sini nanti. Tapi aku suka bila balik kampung..Jumpa dengan family. Kat sini nak buat aktiviti apa pon xtau, hehe. Tak kena dengan jiwa.
Read On >>>
 
Header Background Designed by Freepik