Alhamdulillah, aku dah melepasi trimester pertama. Sekarang dah masuk trimester kedua, 15 minggu. Minggu depan 4 bulan dah..yeaaayy
Banyak sangat cabaran aku untuk trimester pertama ni. Boleh dikatakan
alahan aku ni agak teruk la. Ingat nak ikut macam mak aku... Mak aku dari anak
no 1 sampai no 5 tak penah la muntah2. Setakat pening dengan takdak selera
makan ja. Rupa-rupanya berbeza sangat dengan aku ini. Muntah ja keja..sampai
lembik. Makan nasi xboleh, minyak2 xboleh. Kuat dengan sup, roti, buah2,
jus..itu ja la..Sedih kan. Dahla PJJ..Asyik sedih ja mengenangkan nasib
sendiri. Bila balik kampung boleh la husband tatang aku. Nak apa semua dia
beli..Baiknya abang..Terima kasih ya layan kita ni.
Masa trimester pertama ni la aku paling banyak MC. Kena tambah air sampai 3
kali. Yang paling teruk masa week 13. Muntah tiap2 hari sampai seminggu skali
dengan demam, batuk2 dengan selsema. Time tu la aku rasa badan aku sangat
lemah, sangat lembik. Sampai orang tegur aku muka pucat, badan
kurus..a'ah..berat badan turun dah ni. Disebabkan tu, aku MC lama..sambung
dengan cuti skali sampai seminggu. Balik umah husband kejap lepas tu seminggu
balik kampung. Mintak ditatang oleh family plak, hehe. Sempat la makan air
tangan mak..rehat2 kat umah, naikkan semangat hidup balik. Baby pon dah start
menari2 dalam perut ni.
Alhamdulillah juga, minggu ni aku dah balik Shah Alam masuk keja. Semangat
la skit minggu ni. Tp still bila aku balik Shah Alam ja start muntah2. Opismate
cakap maybe emosi aku. Ya la..separuh hati ja bila dok sini. Balik kampung ja
happy kan..
Mudah2an Allah permudahkanlah urusan aku kat sini. Tiap2 kali aku berdoa
agar dapat pindah. Tempat seorang isteri disisi suaminya kan. Dengan anak yang
bakal lahir ni pulak.. Alahan mengandung ni buat emosi aku sangat xstabil. Time
ni la aku memerlukan seseorang disisi. Harap2 sebelum bersalin dapatlah pindah.
Tak boleh bayangkan macam mana aku nak jaga nak sorang2 kat sini. Kat sini pon
aku bukannya ada sesiapa.
Untuk baby, sama2lah kita kuat semangat ya sayang..Mudah2an kita dapat
berita gembira nanti. Tak sabar nak sihat balik. Macam2 aku nak makan..susu,
kurma, vitamin..Sekarang makan semua tu tak lalu..Tak pon muntak balik, huhu.
Selamat menjalani trimester kedua plak erk..Aku nak berulang balik pon dah
makin xlarat ni. Harapkan husband la kot datang sini nanti. Tapi aku suka bila
balik kampung..Jumpa dengan family. Kat sini nak buat aktiviti apa pon xtau,
hehe. Tak kena dengan jiwa.


No comments :
Post a Comment